Lokasi Masjid Al-Majidi

Masjid Al-Majidi atau terkenal dengan Masjid Kuning dibina dalam tahun 1981. Dinamakan dengan Masjid Kuning kerana masjid ini pada mulanya seluruh struktur binaannya dicat dengan warna kuning.

Ia terletak Kampung Sungai Layar Hujung, kira-kira 6.5 kilometer dari pekan Sungai Petani, Kedah. Jika keluar Tol Sungai Petani Utara selepas lampu isyarat masuk ke jalan kedua ( masuknya jalan terus).

Selepas itu akan berjumpa 2 lampu isyarat.  Di lampu isyarat yang kedua belok ke kiri.

Kira-kira 200 meter dari lampu isyarat anda akan berjumpa dengan Masjid Al-Majidi (Masjid Kuning) terletak sebelah kiri jalan.

.5°40'20.7"N 100°28'14.6"E