Peranan Pentadbir Masjid

 

 

Pengerusi / Imam

(i)  Pengerusi mempunyai kuasa untuk memanggil & mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan semua masyuarat .

(ii) Sebagai imam dikehendaki menjadi imam pada setiap sembahyang Jumaat serta membaca khutbah

(iii) Menjalankan bancian dan menyinpan satu daftar kehadiran bagi orang-orang yang meningkat umur 15 tahun dan dikehendaki sembahyang Jumaat

(iv) Jawatankuasa serta bertanggungjawab pada menjalankan semua mesyuarat-mesyuarat itu dengan sempurna

(v)  Mengatur dan mengawasi pegawai masjid / AJK kariah supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna

(vi)  Pengerusi juga boleh mewakili Persatuan di dalam apa jua urusan yang selaras dengan objektif Persatuan

(vii)  Menandatanganni peringatan mesyuarat bagi mesyuarat pada masa peringatanmesyuarat itu dipersetujui

(viii)  Presiden mempunyai kuasa undi penentu.

(ix)  Presiden boleh bersama Bendahari menandatangani cek bagi pihak Persatuan

(x)  Membuat penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa kesemasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna

 

2. Timbalan Pengerusi

.Timbalan pengerusi hendaklah membantu pengerusi menjalankan tugasnya dan memangku pengerusi sewaktu ketiadaan beliau

3. Setiausaha

(i)  Setiausaha hendaklah bertanggungjawab untuk menunaikan tugas-tugas umum Persatuan sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden atau Timbalan Presiden yang menggantikan beliau

(ii)  Beliau juga hendaklah bertanggungjawab menyimpan rekod dan minit semua mesyuarat Persatuan dan mesyuarat  

Jawatankuasa Eksekutif.

(iii)  Menyimpan pendaftaran semua ahli-ahli persatuan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, tarikh dan tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan, alamat kediaman dan tarikh menjadi ahli.

  (iv)  Beliau hendaklah bertanggungjawab untuk memanggil Mesyuarat Agung dan mesyuarat Jawatankuasa Persatuan apabila diarahkan oleh Presiden ataupun yang termaktub di dalam Perlembagaan ini.

(v)  Menyediakan semua minit mesyuarat dan dikehendaki menghantar kerta kerja bulanan atau tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari selepas akhir tahun kewangan Persatuan (31 Dis)

(vi)  Setiausaha Agung boleh bersama Bendahari menandatangani cek bagi pihak Persatuan.

(vii)  Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya

(viii) Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan & menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang di rancang.

4. Bendahari

(i)  Beliau hendaklah bertanggungjawab ke atas resit dan pembayaran kumpulan wang Persatuan selaras dengan arahtuju

(ii)  Beliau hendaklah menyediakan penyata akaun akhir Persatuan dan segala pembetulannya.

(iii)  Beliau hendaklah menyediakan penyata akaun akhir sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut dan menyerahkannya untuk diaudit.

(iv)  Beliau hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama Presiden atau Setiausaha Agung.

(v)  Beliau hendaklah mempunyai rekod ahli yang mempunyai yuran tertunggak atau wang yang lain, yang bersangkutan dengan Persatuan dan bertanggungjawab untuk menghantar peringatan kepada ahli yang berkenaan

(vi)  Beliau hendaklah berikhtiar untuk menambahkan pendapatan akaun Persatuan 

(vii)  Boleh menyimpan wang tunai tetapi dipastikan tidak melebihi apa yang dibenarkan oleh perlembagaan persatuan. Wang tunai yang lain atau cek diterima hendaklah dimasukkan dalam akaun persatuan .

(viii)  Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tahun tidak melebihi anggaran yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung sebelumnya

5. Bilal

(i)  Menjalan pekerjaan imam sekiranya imam tidak ada atau uzur

(ii)  Menentukan bila masuk waktu sembahyang.

(iii)  Menyempurnakan azan (bang) dan Iqamah di masjid.

6. Kuasa-Kuasa Jawatankuasa

(i)  Jawatankuasa hendaklah mernpunyai kuasa melantik Jawatankuasa kecil sekiranya perlu.

(ii)  Jawatankuasa kecil hendaklah menjalankan semua tugas-tugas yang diberikan kepadanya dan hendaklah terus menerus tertakluk kepada arahan dan kawalan Jawatankuasa Induk

(iii)  Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang kecil atau perintah-perintah tetap yang selaras dengan undang-undang Persatuan sepertimana yang telah ditetapkan