Perutusan Tuan Imam

 

 

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan di atas keizinan-Nya yang akhirnya laman web Masjid Al-Majidi telah berjaya dizahirkan  sebagai wadah interaktif dalam menuju era globalisasi.  Laman web rasmi Masjid Al-Majidi merupakan transformasi maklumat yang berkaitan dengan sejarah penubuhan yang berpaksikan visi dan misi yang menjadi tunjang belakang masjid. Pembangunan lweb ini juga adalah dapat menyebarkan maklumat mengenai aktiviti - aktiviti masjid dan peristiwa semasa di masjid serta ama kepada masyarakat. Penghasilan laman web ini diharapkan dapat menyalurkan maklumat terkini, cepat dan tepat Masjid Al-Majidi kepada masyarakat.   .

Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi berjuang di jalan Allah. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan tuntutan Islam. Orang yang bertaqwa hidupnya selari dengan agama. Hidup beragama terlalu jauh berbeza dengan hidup berdasarkan perlembagaan buatan manusia. Kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din.   .

Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang mereka perlembagaan dapat membawa ruh perlembagaan buatan ini untuk memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT. Tanpa ada sebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatan ini menyelamatkan seseorang manusia itu daripada neraka Allah SWT. Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, dipejabat, di dalam perjalanan ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya. Cahaya itu bukan cahaya matahari,bulan, bintang tetapi cahaya menyuluhi qalbu insan,  bagi menentukan halal dan haram, dosa pahala, taat maksiat dan syurga neraka. Tanpa adanya cahaya iniyang manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia. Insya- Allah jika semangat laungan Allah Huakbar ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan. Kita sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman  yang terhasil dari perbezaan fahaman politik dan keturunan.    

Alhamdulillah, ini dapat kita saksikan sepanjang tahun khususnya apabila masjid-masjid dan madrasah-madrasah dipenuhi dengan jemaah. Tanpa mengira kuturunan, semua kita melafazkan amin apabila imam menghabiskan bacaan al-fatihah. Kita tidak berasa janggal untuk menghulurkan salam kepada rakan sebelah yang berbeza kefahaman politik atau keturunan.  Persoalannya kenapakah perasaan ini tidak muncul di luar masjid dan madrasah? Jawapannya, kerana kebesaran Allah SWT hanya diikrarkan di dalam masjid sahaja dan tidak dibawa keluar sebagai asas kehidupan.  Marilah kita sama-sama berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan sepanjang tahun khususnya diterima sebagai amalan yang soleh dan akan diganjari oleh Allah SWT.

 Akhir kata, saya mengharapkan agar masyarakat dapat makluman terkini mengenai kegiatan masjid ini, agar mereka  dapat terlibat dengan program di Masjid Al-Majidi secara aktif dan konsisten.

 

IMAM BESAR

MASJID AL-MAJIDI, SG. LAYAR HUJUNG, SUNGAI PETANI, KEDAH