SEJARAH MASJID AL-MAJIDI

 

Masjid Al-Majidi merupakan sebuah masjid kariah yang terletak di perkampungan Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah . Kedudukannya ialah 5 kilometer dari pusat bandar Sungai petani.

Masjid ini dapat menampung lebih kurang seribu orang jemaah. Masjid kariah ini dibangunkan pada tahun 1981. Sebelum ini ahli jemaah melakukan solat Jumaat di masjid lama yang dikenali sebagai masjid Sungai Layar Hujung. Kini masjid tersebut sudah tiada . Setelah masjid baru dibina dipertempatan baru,

Ia dinamakan sebagai Masjid Al-Majidi, Sungai Layar Hujung. Terkenal dengan Masjid Kuning kerana struktur binaannya dicat dengan warna kuning. Pada 31 Januari 1989, bersamaa 23 Jamadil Akhir 1409 masjid telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Perasmiannya telah disempurnakan setelah lapan tahun dibina.

Sejak tahun 2008 masjid ini ketiadaan imam bertauliah. Ini adalah kerana imam yang lama Tuan Hj. Abdullah bin Husin telah melepaskan jawatan imam disebabkan keuzuran. Untuk melancarkan pentadbiran masjid  ini pembantu imam satu dan imam dua  telah dilantik.